Raja Yang Agung Kazimierz_III_dari_Poland

Poland (merah) di hujung kawasan pemerintahan Kazimierz III (1370); Silesia (kuning) telah hilang, tapi Kerajaannya dapat perluasan ke timur

Ketika Kazimierz mencapai takhta pada tahun 1333, kedudukannya dalam bahaya kerana kerajaan-kerajaan jiran tidak mengiktiraf gelarannya dan sebaliknya memanggil beliau "Raja dari Kraków". Kerajaan ini mengalami penurunan penduduk setelah terlibat dalam kancah peperangan yang teruk dan mengalami ekonomi yang hancur. Pada tahun 1335, dalam Perjanjian Trentschin, Kazimierz terpaksa melepaskan tuntutannya ke atas tanah Silesia buat "selama-lamanya"

Kazimierz dibina semula dan kerajaannya menjadi lebih makmur dan kaya dengan penyediaan prospek yang besar di masa hadapan. Beliau melancarkan perang dengan banyak hasil kemenenangan dan telah menggandakan dua kali saiz kerajaan yang sedia ada yang kebanyakannya perluasan tanah di zaman moden Ukraine (kemudian dipanggil Duchy dari Halych). Kazimierz membina dengan meluas bangunan tinggalan semasa pemerintahannya, termasuk Istana Wawel dan Orle Gniazda, dan beliau juaga memperbaharui tentera Poland.

Pada 11 Mac 1347 di Sejm dalam wilayah Wislica, Kazimierz memperkenalkan pembaharuan kepada sistem kehakiman Poland dalam kod sivil dan jenayah yang dikenakan bagi sekatan Poland Raya dan Poland Rendah sambil memperoleh gelaran "Justinian Poland". Beliau mengasaskan Universiti Kraków, universiti tertua Poland dan beliau menganjurkan mesyuarat raja-raja di Kraków pada tahun 1364 dimana beliau mempamerkan kekayaan kerajaan Poland. Kazimierz adalah satu-satunya raja dalam sejarah Poland yang kedua-duanya menerima dan mengekalkan gelaran "Agung" (Bolesław I Chrobry yang juga dikenali sebagai "Agung", tetapi lebih biasa dikenali sebagai "Gagah").[petikan diperlukan]

Perwarisan takhta

Pada tahun 1355 di Buda, Kazimierz meletakkan anak saudaranya Louis I dari Hungary sebagai penggantinya diatas tiada pewaris lelaki kerana ayahnya berhutang jasa dengan Charles I dari Hungary ketika mendapatkan bantuan menentang Bohemia. Sebagai pertukarannya, Kazimierz mendapat kelebihan hubungan yang diperlukan dalam pertikaiannya dengan permusuhan tentera Teutonic dan Kerajaan Bohemia. Kazimierz pada tahun-tahun awalnya, mempunyai anak lelaki seolah-olah tidak menjadi masalah (dia telah mempunyai beberapa anak haram).

Kemasukan Kedua di Ruthenia. Kekayaan dan Pelajaran, Jan Matejko

Kazimierz tidak meninggalkan sebarang anak lelaki yang sah dan bagaimanapun sebaliknya mempunyai lima orang anak perempuan. Dia cuba untuk menerima pakai cucunya, Kazimierz IV dalam wasiat terakhirnya. Anak itu dilahirkan oleh anak keduanya, Elisabeth, Duchess Dari Pomerania pada tahun 1351. Inilah sebahagian daripada perjanjian yang telah dibatalkan oleh Louis I dari Hungary, yang telah mengembara ke Kraków secepat mungkin selepas kemangkatan Kazimierz dan merasuah para bangsawan dengan keistimewaan masa akan datang. Kazimierz III mempunyai anak menantu lelaki iaitu Louis VI dari Bavaria, Margrave dan juga salah seorang Lembaga Pemilihan Putera (Prince-elector) dari Brandenburg, yang dianggap sebagai pengganti yang berkelayakan, tetapi dianggap tidak layak setelah isterinya, Cunigunde anak perempuan Kazimierz meninggal dunia pada tahun 1357 tanpa sebarang isu.

Oleh itu, Raja Louis I dari Hungary menjadi pegganti raja di Poland. Louis telah diisytiharkan sebagai raja selepas kemangkatan Kazimierz pada tahun 1370 dan walaupun kakak Kazimierz iaitu Elisabeth (ibu Louis) memegang lebih banyak kuasa sehinggalah saat kematiannya pada 1380.[petikan diperlukan]